~ KHASIAT BUAH TOMATO ~

Home » » ~ KHASIAT BUAH TOMATO ~

Buah tomato merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Tomato berasal dari benua Amerika, iaitu di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru.


Warna merah pada tomato ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet. Tomato juga baik untuk kecantikan dan kehalusan kulit.

Beberapa kajian ada menunjukkan bahawa antioksidan yang terdapat pada tomato mampu melindungi sendi tubuh terutamanya lutut dari risiko osteoarthritis. Risiko kecederaan lutut dapat dikurangkan sekiranya cukup pengambilan vitamin C dan beta karoten.

Antioksidan tertentu termasuk lutein dan likopen (yang banyak terkandung di dalam tomato), juga dikaitkan dengan penurunan risiko osteoarthritis lutut.

Selain itu, vitamin E juga bertindak lebih berkesan dalam meredakan kesakitan akibat arthritis daripada ubat antiradang yang lain.

Untuk lutut yang lebih kuat, amalkan pengambilan tomato atau jus tomato.
 

 sumber : http://en-gb.facebook.com/notes/kelab-kesihatan-dan-kecantikan/-khasiat-buah-tomato-/112565788789890
.
Share this article :